Saturday 18 February 2012

Rancangan Perniagaan MECD

Penyediaan Pelan Perniagaan
Rancangan Perniagaan (RP)


1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan


Kegunaan (RP)

Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaanStatistikData ekonomiData perdaganganPenyelidikan pasaran

Kandungan (RP)


1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan



Penyediaan (RP)


1. Pengenalan

Nama SyarikatJenis Perniagaan yang diceburibarangan/perkhidmatan yang ditawarkanlokasi premistarikh perniagaan dimulakanlatar belakang industri dan tren pasaranSenario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP


Nyatakan sama ada:

memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentumerancang pelaksanaan projek baruuntuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaanatau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Nama perniagaanAlamat, No. TelefonBentuk perniagaanKegiatan utamaTarikh mula/hendak memulakan perniagaanNo. Pendaftaran PerniagaanModal permulaan, modal dibenarNama dan alamat pemegang sahamNama bank (jika ada)No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

Nama, alamat, no. telefonKelulusan akademikPengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

Matlamat dan strategi syarikatStruktur/carta syarikatSenarai kakitangan pengurusanSenarai perjawatan tanggungjawab setiap jawatanimbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

Analisis Pasaran untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya. Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.Ramalan Jualan syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.Strategi Pemasaran Strategi pemasaran secara keseluruhanbagaimana syarikat akan menghadapi persaingankelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainyaStrategi barangan faktor-faktor yang boleh menarik pelangganStrategi harga penentuan hargatawaran harga dan sebagainya.Strategi Pengedaran cara pengedaran dibuatkos-kos yang terlibatrancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebutStrategi promosi teknik-teknik promosi yang akan dijalankanBelanjawan pemasaran


7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)Keupayaan pengeluaranRancangan pengeluaran jumlah pengeluarankeupayaan maksimumpenyimpanan stokSenarai bahan mentah (jika ada)Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatanPengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan


Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.


Bahagian ini merangkumi :

Kos pelaksanaan projekSumber pembiayaan modal sendiripinjaman banksewa belilain-lainProforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.


10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.


SUMBER: MECD

No comments:

Post a Comment