Friday 2 March 2012

10 Faktor Perniagaan Gagal


Banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan. Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi.

Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan. Di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat situasi ini. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat.

Di sini saya senaraikan sepuluh faktor yang menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan.

#1 – Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan

Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman , atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan.

Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.

#2 – Tidak mempunyai skil dalam pengurusan

Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk.

Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.

#3 – Tidak menggunakan bakat secara maksimum

Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto. Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.

Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda.

Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.

#4 – Tidak bersedia bekerja lebih masa

Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.

Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).

#5 – Tidak mendapat sokongan keluarga

Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga.
Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.

#6 – Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi

Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.

Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.

Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.

Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.

#7 – Tiada networking

Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain. Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan?

Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.

#8 – Tidak berusaha keras

Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut.

Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

#9 – Tidak sanggup berhadapan krisis

Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan.

Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi.

Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.

#10 – Terlalu fokus pada produk

Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan.

Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.

Pemasaran merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda menjadi pelanggan setia.

Sepuluh faktor yang disebutkan ada pada setiap individu tanpa disedari.

Kadang-kala kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Sekiranya anda menyedari anda mempunyai sifat sebegitu, anda sudah mampu menanganinya supaya anda lebih berjaya dan menolak kegagalan dari perniagaan anda.

http://pakejniaga.com

Saturday 18 February 2012

Rancangan Perniagaan MECD

Penyediaan Pelan Perniagaan
Rancangan Perniagaan (RP)


1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan


Kegunaan (RP)

Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaanStatistikData ekonomiData perdaganganPenyelidikan pasaran

Kandungan (RP)


1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan



Penyediaan (RP)


1. Pengenalan

Nama SyarikatJenis Perniagaan yang diceburibarangan/perkhidmatan yang ditawarkanlokasi premistarikh perniagaan dimulakanlatar belakang industri dan tren pasaranSenario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP


Nyatakan sama ada:

memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentumerancang pelaksanaan projek baruuntuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaanatau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Nama perniagaanAlamat, No. TelefonBentuk perniagaanKegiatan utamaTarikh mula/hendak memulakan perniagaanNo. Pendaftaran PerniagaanModal permulaan, modal dibenarNama dan alamat pemegang sahamNama bank (jika ada)No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

Nama, alamat, no. telefonKelulusan akademikPengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

Matlamat dan strategi syarikatStruktur/carta syarikatSenarai kakitangan pengurusanSenarai perjawatan tanggungjawab setiap jawatanimbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

Analisis Pasaran untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya. Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.Ramalan Jualan syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.Strategi Pemasaran Strategi pemasaran secara keseluruhanbagaimana syarikat akan menghadapi persaingankelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainyaStrategi barangan faktor-faktor yang boleh menarik pelangganStrategi harga penentuan hargatawaran harga dan sebagainya.Strategi Pengedaran cara pengedaran dibuatkos-kos yang terlibatrancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebutStrategi promosi teknik-teknik promosi yang akan dijalankanBelanjawan pemasaran


7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)Keupayaan pengeluaranRancangan pengeluaran jumlah pengeluarankeupayaan maksimumpenyimpanan stokSenarai bahan mentah (jika ada)Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatanPengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan


Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.


Bahagian ini merangkumi :

Kos pelaksanaan projekSumber pembiayaan modal sendiripinjaman banksewa belilain-lainProforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.


10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.


SUMBER: MECD

Thursday 16 February 2012

Kertas Kerja Berkualiti Berpotensi Mendapat Kelulusan Pinjaman

1. Dalam kegawatan ekonomi makin terasa sehingga memaksa sesetengah majikan untuk memberhentikan pekerjanya untuk mengimbangi keadaan Syarikat terbabit yang kian terhimpit.


2. Namun Perniagaan adalah langkah alternatif bagi pekerja yang dibuang kerja dan kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk para perniaga yang ingin mendapatkan Pinjaman Perniagaan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Tekun, Punb, Mara dll.


3. Walaupun begitu, Permohonan untuk mendapatkan pinjaman haruslah mempunyai Kertas Kerja atau pun Rancangan Perniagaan yang berkualiti bagi melayakan pemohon menerima pinjaman tersebut.


4. Bagi memiliki Kertas Kerja yang berkualiti anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana kami telah pun mempunyai koleksi Kertas Kerja yang kebanyakannya telah pun berjaya mendapat kelulusan pinjaman dari agensi-agensi yang menawarkan kemudahan tersebut.

5. Untuk melihat koleksi tersebut anda boleh lihat di ruangan Perkhidmatan Kami. Harga yang di tawarkan juga sungguh murah dan teramat murah. Bagi mengetahui kaedah pembayaran sila lihat di ruang Cara Bayaran.


http://pakejniaga.com